ĴƖĦΔǤЄЄ β˩ѲǤ'Ƨ




Sunday, April 17, 2011 | Written by Jihagee on | 6:35 PM | 0comments
ACCIDENTLY IN LOVE
                Irama lagu ‘Biarlah Rahsia’ menjamu halwa telinga Imtiaz. Tumpuanya yang memandu Iswara Aeroback metalik perak itu terjejas. Gelisah dengan suara merdu penyanyi nombor satu Malaysia itu, tanganya mula menyeluk ke dalam beg galas hitam yang terletak di tempat duduk penumpang di sebelahnya.
                Sementara Iswara Aeroback itu menyusuri lorong bersebelahan Istana Budaya yang menghala ke Taman Tasik Titiwangsa (Triple T), mata Imtiaz melilau-lilau melihatkelibat polis trafik, kalu ada-adda berdekatan. Setelah pasti, punat telefon bimbit yang sudah pun berada di pangkuanya dipicit lalu dihalakan ke telinga.
                “Im! Im dekat mana ni? Kenapa lambat angkat telefon? Kata nak balik rumah hari ni, jadi ke tak?” Suara Farid, abang Imtiaz bertalu-talu menyoal.
                “Im tengah memandulah bang! Memanglah Im balik hari ni, tapi Im ada temu janji dengan Mira nak jumpa dengan di dekat triple T. Petang sikit nanti Im sampai rumah ye”. Imtiaz menerangkan panjang lebar.
                Telefon itu yang tadinya dipegang, dikepit antara pipi dan bahu bagi membolehkan dia membelok masuk ke tempat letak kereta di depan Restoran Nelayan itu.
                “Kalau ye pun, tak boleh telefon abang, mama atau abah ke!” Farid membebel.
                “Sorrylah bang, Im tak ada kredit. Balik nanti abang topup kan boleh? Hehe! Okeylah bang, petang nanti kita jumpa dekat rumah. Bye!” Akhiri Imtiaz manja.
                Telefon itu cepat-cepat dimatikan setelah matanya terpandang petak kosong tunggal dinsitu. Iswara Aeroback WND 609 miliknya meluncur membuaat pusingan 180 darjah. Untuk beberapa ketika, Imtiaz memastikan tiada siapa yang berada di belakang keretanya. Setelah pasti, gear riverse ditarik, Imtiaz dengan telefon yang masih digengam pada tangan kanan, memulas stereng kereta bagi mendapat side yang betul untuk memasuki parking.
                Tit...Tit...Tit...Tit...Tit... Sensor kereta berbunyi seiring dengan bunyi benda yang terhempas ke tar. Imtiaz memijak paddle brek sepenuhnya, membuat enjin kereta itu mati. Peluh dingin pantas membasahi wajah Imtiaz. Setelah beberapa ketika tergamam, dia membuka pintu kereta, memberanikan diri melihat apa yang telah dilanggarnya tadi.
                “Apa lagi tercegat di situ, tolonglah!” Kedengaran suara lelaki yang terduduk di bahagian sisi  kiri belakang kereta Imtiaz. Badannya disandarkan pada beg sandang biru merah yang kelihatan sarat berisi. Dileher lelaki itu pula tergantung sebuah kamera video.
                Imtiaz memandang kiri, kanan, depan, belakang, cuba mencari sesiapa yang boleh membantunya. Badannya menggeletar ketakutan, wajahnya yang sebelum ini putih melepak, kemerahan, panas mengalir darah yang menyirap ketakutan.
“Cik kak, awak nak biar saya mati dekat sini ke?” Lelaki itu mula panas baran apabila melihat Imtiaz melilau-lilau memerhati sekeliling.
                Imtiaz terkejut, lalu mula melangkah menddekati lelaki tersebut. Wajah lelaki itu kemerahan, berkerut menahan sakit, topi putih GAP yang telah dipakainya tadi lencun dek peluh. Imtiaz melutut, dia masih tidak tahu harus membuat apa. Tagannya teragak-agak mahu memegang lelaki tersebut, bbimbang diherdik lagi.
                Anak mata lelaki itu memerhati gelagat Imtiaz yang kacau. Timbul pula rasa kesal kerana meninggikan suara tadi. Yang jjelas pada pandangannya kini, gadis di depannya benar-benar terkejut. This must be her first car crash and my third... For this year alone! Fuh that’s a record. What am I? A car crash magnet? Suwei betul! Matanya beralih pula pada Iswara Aerobackyang tersadai ditengah-tengah parking tersebut, logo P putih-merah jelas terpampang.
                Patutlah!  Fikirnya lagi. Dia mencari akal untuk menjernihkan suasana, lagipun dia tidak mahu terus-terusann duduk di atas tar panas dengan luka yang sudah mula menyengat. Tatkala itu dia terpandang pada telefon di tangan kanan Imtiaz, lalu menggeleng bengang. Sabar! Sabar! Macam ni lah rakyat Malaysia! Sudah sah-sah undang-undang kat tidak boleh bertelefon semasa memandu.sekarang menyusahkan aku! Aku duduk England dulu tak ada macam ni! Dia merungut di dalam hati.
                “Ada tisu tak?” Lelaki itu membuka mulut.          
                “ha....aa...ada, ada. Tunggu kejap.” Imtiaz bergegas mendapatkan tisu daripada keretanya dan apabila dia keluar yang dihulurkanya hanya sehelai.
                Lelaki itu mengalih pandangan daripada helaian tisu dan kemudian wajah Imtiaz, beberapa kali....bagai tak percaya ,dengan muka bengang cebisan nipis tisu itu diambil kasar.
                “Tak ada banyak lagi ke tisu ni?” tegurnya menyindir. Sakitnya bertambah! Kalau ikut rasa hati mahu saja dia menjerit biar satu taman dengar. Dengan berhati-hati dia mengelap luka pada jari dan lengan kananya yang disagat tar. Namun apabila tangan itu cuba digerakkan sakitnya hingga ke tulang.
                “Argh! I think my arm is broke. Hantar saya ke hospital!” arah lelaki itu. Mukanya kemerahan, diselaputi peluh yang tidak henti-henti mengalir. Bagai menahan rasa sakit yang amat sangat.
               
                Setiba di bahagian kecemasan Hospital Tawakal, seorang jururawat mengusung kerusi roda untuk kegunaan lelaki itu. Sebelum dia dibawa masuk ke bilik rawatan, salah seorang jururawat di situ menyerahkan kamera video ddan kad matrik UiTM kepada Imtiaz. Imtiaz menoleh kepada lelaki tersebut.
                “Jaga kamera saya elok-elok! Jangan rosakkan!” semua yang ada di ruangan itu memandang Imtiaz membuatkan wajahnya merah padam. Malunya!
                “Cik, cik boleh daftarkan pesakit?” seorang jururawat menghampiri Imtiaz.
                Imtiaz mengesat air mata yang jatuh.
                “Err...Sya tak kenal dia.” Imtiaz mati akal. Dia teringat akkan kad matrik lelaki tersebutyang diberikan kepadanya tadi.
                “Tapi ini kad matrik dia!” Imtiaz menghulurkan kad tersebut kepada jururawat.
                “Syed Zakri Syed Mukhriz...” Jururawat itu membaca apa yang tertera atas kad itu. Mukanya berkerut lalu memandang Imtiaz.
                “Anak Dr.Syed!” Jururawat itu terkejut. Dia member semula kad tersebut kepada Imtiaz lalu terus bergegas ke kaunter dann menghubungi seseorang.
                Imtiaz bingung, tidak mengerti apa yang dimaksudkan  jururawat itu. Dia menatap kad matrik yang dipegangnya.
SYED ZAKRI BIN SYED MUKHRIZ
                                                                  800110-56-8669                                                                                                               IJAZAH SARJANA MUDA SENI HALUS                                                     2009/2010
Imtiaz meneliti gambar yang tertera di atas kad itu. Tahun 1984, tua empat tahun daripada aku tapi perangai macam orang tak ada otak! Dah tua Bangka baru nak sambung belajar! Imtiaz mengutuk. Lantas dia teringat pada peristiwa beberapa minit lepas, saat dia memapah lelaki itu, mengerang kesakitan. Kesian pulak!
Kurang sepuluh minit kemudian, seorang lelaki pertengahan 50-an muncul lengkap dengan jubah putih dan bertanda nama yang tertulis SYED di dada kanan.
               
“Pamela , is my son here?” Lelaki berpewatakan menarik itu bertanya pada jururawat di kaunter.
“Yes doc! For the third time this year. That miss white white scarf sent him here.” Jururawat itu menunjukkan kearah Imtiaz.
Doctor itu lantas mendapatkan Imtiaz.jantung Imtiaz mula berdegup kencang, seperti banduan yang mennanti hukuman gantung. Peluh dinginya keluar lagi.
“Awak bawa Zak ke sini?” Lelaki itu menyoal lembut.
“Err...saya tak sengaja! Saya tak nampak dia melintas waktu saya tengah reverse tadi...” Imtiaz cuba menerang dan terhenti setakat itu.
Lelaki itu memandang dengus, mengeluh panjang dan mengeleng.
“Come” Ringka lelaki itu mengajak.
Imtiaz akur mengikut lelaki itu. Patutlah dia suruh dating sini, bapa dia doctor. Handsome bapa dia, tinggi pula tu! Fasal tu dia kacak. Aku rasa mesti mak dia pendek dan sinis. Sebab bapa dia langsung tak macam perangai anaknya! Imtiaz berhujah sendiri.
“Chin how is he?” Syed Mukhriz menyoal seorang doctor Cina yang sedang merawat anaknya.
“This is the worst!” He broke his arm, beside that nothing serious.” Chin menjelas ringkas.
Syed Mukhriz hanya mengeleng panjang melihat anaknya. Sejak pulang daripada London empat bulan lepas, ada sahajja kemalangan yang menimpa Zakri. Entah mengapa, mungkin masih tidak dapat membiasakan keadaan dii sini. Baru lima bulan lepas dia berkunjung ke wad kecemasan ini akibat kemalangan jalan raya. Puncanya, Zak memandu songang. God! You’re in Malaysia now Zakri! Syed Mukhriz mengomel di dalam hati.
“I told u pa! This is my unlucky year! I had bad force, especially with vehicle.” Mulutnya petah bercakap. Adakala matanya menangkap susuk Imtiaz yang berdiri di sebelah papanya. Melihat tepat pada anak mata gadis itu membuat Imtiaz tunduk serta-merta.
Zakri tersenyum sinis, tak tahu apa yang menggelikan hatinya. Mungkin reaksi gadis itu yang teruk diindirnya. Pandanganya terhala pada kamera yang setia tergantung dileher gadis itu. Bibirnya terlirik lagi.
“Yeah right Zak! Just say that you are careless to take care of yourself. Like a five years old!” Chin membalas kata-kata Zakri.
Jururawat yang berada dalam bilik itu ketawa.
“Ouch...ouch...careful...careful...!” Zakri mengerang apabila seorang jururawat cuba menarik keluar sebentuk cincin plastic besaryang bewarna merah jambu daripada jari manisnya kanannya yang luka.
“Why are you wearing that ring?” Looks girly.” Chin member komen.
“Hey it’s cool.” Zakri mempertahankan diri.
Jururawat itu menghulurkan cincin tersebut kepada Zakri setelah berjaya mengeluarkannya.
“But actually, I think you’re right Uncle Chin, it’s a big girly...Hey girl! Take this!” Zakri melontar cincin tersebut kepada Imtiaz.
Imtiaz sempat menyambut.
“Hadiah tanda kenang-kenangan awak dah langgar saya hari ni.” Zakri sinis.
“Zak watch your language.” Syed Mukhriz memberi amaran. Dia berpaling kepada Imtiaz, kasihan melihat gadis itu yang terpaksa melalui semua ini.
“Tak apalah Imtiaz balik dulu ya.” Syed Mukhriz lembut. Cuba menenangkan Imtiaz. Lagipun keadaan Zakri tidaklah seteruk mana.
“Baiklah. Tarima kasih uncle!” Imtiaz menghulur kamera yang sejak tadi tergantung dilehernya.
Syed Mukhriz menyambut sambil tersenyum lalu diletakkannya kamera tersebut di atas troli berdekatan dengan Zakri.
Zakri memandang tepat Imtiaz. Eksperesinya bersahaja. Geram dan pada masa yang sama kasihan melihat gadis yang melanggarnya itu.
“Beg awak saya letak di kaunter!” Imtiaz memandang Zakri serius. Mata mereka setentang.
“Emm...saya minta maaf. Saya tak sengaja!” Kata-kata terakhir Imtiaz sebelum berlalu pergi.
Zakri hanya terpaku merenung pemerggian gadis itu. Matanya kemudian memandang kamera yang ditinggalkan Imtiaz.
“Hey Zak, love at first sight?” Chin mengusik.
“Nolah! She’s too big for me.” Nada Zakri selamba.
Imtiaz Mokhtar! Kepalanya ligat berpusing sambil memandang kameranya yang memancarkan cahaya kecil merah yang semakin malap dan akhirnya padam.

EMPAT bulan kemudian
“Im! Im! Bangun cepat, bangunlah! Ada emergency case!” Sofia, teman bilik Imtiaz mengejutkan tidurnya.
“Janganlah kacau aku Pia. Hari ni aje aku boleh rest! Penat aku pergi seminar semalam tak habis lagi! Esok dah ada kuliah pagi! Pergilah main jauh-jauh!” Immtiaz bersungguh-sungguh menghalau temanya.
“Bangun aku kata! Baca kertas ini. Ada orang nak Jejak Kasihan dengan kau! Satu UPSI kecoh!” Sofia menarik tangan Imtiaz supaya rakannya itu berada dalam posisi duduk. Lalu kertas yang ada di tangannya dihulurkan kepada Imtiaz.
Imtiaz yang mamai, merengek-rengek atas peraduannya. Kertas di tangan dibaca dengan mata yang berat.
“Sofia siapa buat flyer ni? Mana kau dapat?” Mata Imtiaz yang tadinya kuyu kini membulat.
“Aku dapat dari Hanis. Dia kata ada seorang mamat ni yang edarkan dekat perhentian bas pagi tadi. Semua notice board dekat UPSi pun terpampang kertas ni! Apa yang kau da buat Im?” Sofia bersungguh –sungguh cerita. Teruja dengan apa yang berlaku.
“What? Notice board pun?” Wajah Imtiaz pucat.
Apa yang aku dah buat? Dia menyoal dirinya. Matanya menatap semula flyers tersebut. Wajahnya yang tersengih, diambil sewaktu perkhemahan Pelajar Kimia semester lepas terpampang di bahagian tengah atas. Buruk!!!
Imtiaz Mokhtar-kepada seseiapa yang mengennali gadis ini sila beritahu beliau supaya menunggu seseorang di hadapan Bangunan Suluh Budiman pada pukul 5.00 petang hari ini.
“Hei Im! Siapa seseorang itu? Hanis kata mamat bagi flyer tu handsome. Tak bagi tahu aku pun kau dah ada pakwe!” Sofia bersuara lagi menambah kecamuk Imtiaz.
                “Mana ada pakwe! Aku tak ada kawan laki pun!” Imtiaz mempertahankan diri.
                Bilik itu bising, berserabut dengan spekulasi-spekulasi yang dibuat oleh rakan-rakan serumah Imtiaz. Masing-masing teruja dengan berita yang telah menggemparkan universiti mereka itu. Sambil-sambil dengar perbualan rakan-rakanya, air mata Imtiaz jatuh. Siapa yang buat aku macam ni?
                “Shhh!!! Im...  Janganlah menangis. Tak ada benda lah!” Kak Ida member buah fikiran. Tubuh  Imtiaz yang sedap berisi dipeluknya.
                “Yalah Im! Tak ada bendalah. Ada orang saja nak kenakan kau ni! Sekarang baik kau pergi sembahyang, bersiap. Lepas tu kita pergi serang dia ramai-ramai.” Giliran Hanis pula memujuk.
                “Oh ya Hanis! Macam mana rupa mamat yang bagi kau flyers ni pagi tadi?” Imtiaz bertanya, bersemanagt semula apabila mendengar suara Hanis. Yang lain senyap, mendengar dengan penuh teliti. Manalh tahu kalau-kalau aku kenal!
                “Orangnya handsome, hitam manis, tak adalah tinggi sangat, lebih kurang kau, badan dia kecil je. Kau kenal dia ke?” Hanis pula bertanya.
                Imtiaz tidak menjawab. Cuba memadankan mana-mana lelaki yang pernah dikenalinya dengan karakter yang disebutkan Hanis. Macam tak ada tapi...

0 Click Here For Comment

©copyrighted miszznajihahs.blogspot.com


Cari Apa?

Disclaimer
♥ بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ ♥
Hello and assalamualaikum. Welcome To My Official Blog . Batch 97's . Keep calm and stay young. Blogging since December 2007

Menu
ENTRY BOSS TUTO

Stalker



BlogWalking

Click Me, I'm Hungry

Twitter

Wishlist
Be the best among the best
Umrah
Having an asset before 25
Achieve my dream
Charity
Be a better person
Jihad

Ayat Seibu Dinar


Instagram


Contact & Ask Here



Income For Study

Ping.Busuk Here


Credit's
Template By: Jihagee
Basic codes: Student Kecik
Owner and Edit: Jihagee

Jihagee © All Rights Reserved